PERMATA HATI SHAWANI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. PERMATA HATI di beri nama sebagai menghargai seseorang yang sentiasa menjadi sumber inspirasi hidupku. Begitu juga dengan namaku yang ada kat sini ' SHAWANI '. Di adaptasikan dari dua nama SHAfiee dan AsWANI. Nama yang sering ku bawa ke mana jua, yang sentiasa bermain di fikiran ini. Kasihku padanya cukup utuh. Akan ku pertahankan hubungan yang terbina ini selagi hayat di kandung badan. Takkan lut dek api yang panas, takkan berubah dek badai yang melanda. KepadaNya Yang maha Kuasa ku serahkan segalanya.

Thursday, March 4, 2010

Hakikat sebuah cinta

Cinta?
Apa itu cinta sebenarnya?
Ramai yang menilai cinta hanya pada mata...
Yang menilai sejauh mana kecantikan seorang insan...
Padahal sebuahkecantikan bukan hanya pada rupa
Tetapi pada hati yang selalu rindu, kasih, dan cinta
kepada penciptanya...

Tanpa sedar, kesaljuan cinta dicemari,
Kesucian cinta dikotori...

Mengapa?
Kerana manusia alpa dan leka dengan nafsu yang menggoda.
Nilaian cinta bukan pada pautan nafsu di dada,
Tetapi pada hati yang merasai keindahan cinta pada yang Esa.

Cinta tidak selalunya indah,
Tetapi ketahuilah bahawa kemanisan cinta tak menyakitkan,
malah membawa kebahagiaan.
Sesungguhnya, cinta yang sejati hanya cintakan Illahi yang abadi.
Cinta sejati hanya cinta ayah bonda,

Cintailah Dia yang mencipta cinta,
kerana Dia pasti akan menghadiahkan seorang insan buat kita.
Menumpahkan kasih dan mengalirkan sayang di dunia dan di syurga...

Wednesday, February 17, 2010

GAMBARAN EPILOG KASIH KITA

Sayang,
Di wajahmu tergambar kenangan
Di wajahmu terpamer sebuah kasih
Di wajahmu terimbas kerinduan

Sayang,
Setiap detik dan ketika
Masa berlalu begitu pantas
Kita bina sebuah harapan
Lalu dianyam menjadi rindu
Rindu tiada penghujung

Sayang,
Setiap kata kujadikan dorongan
Setiap tawamu kujadikan harapan
Bahawa aku adalah milikmu
Tiada dua atau tiga
Kau satu dalam hidupku

Sayang,
Inginku nyatakan di sini
Bahawa aku amat cinta padamu
Bahawa aku merinduimu
Aku amat menyayangimu
Aku yang kau sayang.

Monday, February 15, 2010

KITA DI TAKDIRKAN JATUH CINTA

Di kemelut persisiran pantai perkasihan ini menggamit diriku menerokai kembali wasilah kenangan silam yang kian dimamah rakus oleh detik-detik yang memburu. Inginku bawa dirimu menyelami memori semalam yang masih hangat dipelukan ingatan walaupun purnama telah berlalu…

Kasih,
111109 jam 01:42:22 merupakan tanggal keramat yang telah tersurat. Perkenalan yang tidak dirancang mula disirami kasih sayang berlalu umpama titisan embun di dinihari namun ianya kembali berulang dengan keceriaan dalam mengisi arca-arca kehidupan yang kekosongan. Jadilah aku pendengar setia di setiap bait bicaramu, peneman di kala kekalutan jua penawar merawat kebuntuan yang memasung fikiran... Namun hari-hari yang dilalui diiringi oleh sejuta persoalan di legaran fikiran. Masing-masing pasrah pada permulaan namum itu adalah hakikat hati dan perasaan yang sukar dimengertikan. Perhubungan yang terjalin kian bertaut erat dan bercambah menjadi sebuah taman yang dihiasi panorama kebahgiaan.

Sayangku,
“Kita telah ditakdirkan jatuh cinta” Ungkapan keramat yang sering berlegar dilipatan ingatan yang tak mungkin ku lupakan selamanya. Kita bagaikan sejasad berantaikan hati yang sama, tiada insan yang setanding denganmu dan bisa menggantikan tempatmu di hatiku kerana sesungguhnya sayangku hanyalah satu dan yang satu itu telah kusematkan di dalam dirimu lalu terciptalah epilog-epilog kasih yang tak terungkap untukku pahat di tugu abadi. Biarlah ia tersemat kukuh di sanubari agar tiada hilang rasa kasih dan cinta yang telah kita titipkan bersama...

Kasih,
Aku begitu menghargai kehadiranmu dan hadirmu membawa seribu makna buat diriku walaupun bukan masa yang sesuai namun aku aku akur dengan kehendak hati dan naluriku sendiri. Kehidupan yang tak pernah lari dari cabaran yang mendatang. Begitu juga dengan kenangan bersamamu yang tak pernah ku kecapi sebelum ini. Bicaramu, renungan matamu, gelak tawa jua sentuhanmu yang bisa menghumban aku ke alam kerinduan yang dalam...

Bersempena dengan ingatan ini, inginku bisikan kedalam hatimu bahawa tiada insan teristimewa dan layak ku gelar ’kekasih’ melainkan dirimu sayang... aku begitu menyayangimu lantas mengasihimu setulus hatiku...

Sayangilah aku sejujur kasihmu...

“Kadang kala pertelingkahan itu membuatkan kasih sayang dijalinkan bertambah erat... Begitulah lumrah bercinta, kasih disemai, pahit dirasa, kebahagiaan jua akhirnya”